dunia semakin gempak dengan kedatangannya....
saat2 yang mencemaskan...
saat2 yang membimbangkan...
tolong...tolong....
help...help....help...
selamatkan kami.....
kami takut....
dia datang....
mangsanya semakin bertambah...
negara huru hara dibuatnya....
dunia pun kacau bilau...
cepat bunuh dia...
dia pembunuh..
dia perosak....
dia pemusnah....
dia kejam....
tolong kami...
tolong kami...
please...
can u help us???????
jom ramai2 telefon ultraman..
tak pun naruto...
goku dragon ball pun boleh juga...
jangan tinggalkan power rangers lagi canggih....
keluang man pun apa salahnya....
at last cicak man pun boleh juga...
eh..eh..eh..
x boleh ker???
kenape???
x ada dalam talian...
tak...
habis tu kenapa???
PUTRAJAYA, 29 Julai (Bernama) -- Seorang wanita rakyat tempatan berusia 20 tahun meninggal dunia pagi Selasa akibat jangkitan Influenza A (H1N1), menjadikan angka kematian di negara ini meningkat kepada empat orang dan disifatkan oleh pihak berkuasa kesihatan sebagai membimbangkan.
Pada masa ini negara-negara yang terjejas dengan kes Influenza A H1N1 adalah Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada. Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang terjejas, sila rujuk laman web www.moh.gov.my
hah....
H1N1.....
apa tu????
untuk maklumat lanjut sila layari:
www.moh.gov.my.
kes nie...dah lama berlaku...
bermula dari awal tahun lagi...
dan negara kita mula mengesan nya pada 26mei2009...
betul ker..pakai hentam jer niee..
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Sebanyak 17 notifikasi kes dimasukkan ke wad isolasi di enam buah Hospital Rujukan Influenza A (H1N1) untuk tujuan penyiasatan setakat pukul 8 pagi Selasa.
bermula dengan itu...
macam2 kes timbul..
setakat hari nie kat negara kita dah 4 orang yang meninggal dunia gara2 H1N1..
Dulu heboh dengan selsema burung....chikunguya...sars macam2 lagi
kalau x silap selsema burung...H2N2.dan macam2 lg lah
Virus terbaru ini boleh membawa maut kepada manusia hanya melalui pernafasan atau batuk yang dijelmakan oleh pesakit H1N1 iaitu pembawa virus selesema babi ini. Dengan kata lain, cara jangkitan virus ini adalah sama dengan cara jangkitan virus selesema Burung.
Satu cara yang mudah untuk mencegah virus ini adalah dengan menjaga kebersihan tempat persekitaran agar tidak kotor dan sentiasa terjaga.
tapikan...
korang perasan tak...
virus tu halus jer...
kita pun tak nampak dengan mata kasar...
kecil sangat2...
tapi dasyat...
boleh membunuh...
boleh membawa penderitaan...
boleh membawa kesengsaraan....
setakat hari jer..
dah banyak sekolah yang ditutup...
semua orang pakai topeng...
takut dijangkiti....
cuba renung sejenakk....
jelas2 di sini menunjukkan..
betapa...
walaupun kita mempunyai badan yang besar...
otak yang pintar....
dan mempunyai peralatan yang canggih berteknologi tinggi...
tapi kita still lagi lemah...
kalah dengan virus yang tak pernah2 bersekolah...
virus tu xpernah belajar mengira,membaca,menulis...
dan virus tu x ada alatan yang berteknologi tinggi...
tapi yang peliknya...
kita x mampu melawannya...
malah negara2 besar yang selalu bermegah2 dengan kemajuannya
pun still takut...
banyak langkah2 berjaga2 diambil...
pelik kan...
terang2 kat sini menunjukkan bahawa...
kita nie adalah...
insan yang kerdil...
dan ada kuasa yang lebih hebat daripada semua tu...
Dialah Yang Maha Menciptakan kita..
dan yang menciptakan segala makhluk yang terdapat dimuka bumi nie...
termasuklah juga virus tu...
Dialah Yang Maha Berkuasa..
Dialah Yang Maha Bijaksana...
tiada yang setanding denganNYA...
kadang2 kita nampak biasa jer...
tapi sebenarnya luar biasa....
tengoklah dengan mata hati...
firman ALLAH s.wt didalam surah Ar Ra'd ayat 16
Bertanyalah (wahai Muhammad): Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi? Jawablah: "Allah". Bertanyalah lagi: Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya? Bertanyalah lagi: Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka? Katakanlah: Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dialah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa.
memang jika hendak dihimpunkan tanda-tanda kebesaran ALLAH s.w.t amat banyak...
bagaimana burung tempua membina sarangnya dengan hanya menggunakan mulutnya sahaja?
bagaimana seekor lebah yang berbisa mampu mengeluarkan madu yang lazat dan berkhasiat?
bagaimana hanya dengan virus sekecil itu mampu membunuh manusia??
dan banyak lagi....
ini hanya sebahagian kecil sahaja jika dibandingkan berbagai2 kehebatan ALLAH yang lain.....
namun....banyak atau sedikit tidak menjadi pokok utama...
apalah gunanya akal yang diberikan jika kita langsung tidak gunakan...
renunglah alam ini...segala2 telah membuktikan
SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR....
firman ALLAH s.w.t lagi dalam surah Al-Imran ayat 109:
Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah julah dikembalikan segala urusan.
dan didalam surah Al-Imran ayat 190:
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal...
rugilah kita kalau kita x menghayatinya.......
setiap kejadian dan peristiwa yang berlaku ada hikmahnya

betul2 kini dah masuk 13 kematian disebabkan h1n1 semakin kritikal. menyerang dengan cepat. mula2 anggap deman biasa tapi last2 memang xsangka2. sama2 lah kita jaga kesihatan.
MENJEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI
napa guna selsema babi ek???
selsema khinzir susah nk sebut kot???