RAHSIA AIR LIUR BASI


bismillahirahmanirrahim...

satu fakta yang perlu kita yang kadang-kadang kita sendiri tak tahu..
mengenai AIR LIUR BASI..

apa beza air liur basi dengan air liur biasa??
atau adakah air liur pun ada tarikh expired...hehehehehe
kadang-kadang meleleh keluar pun tak sedar...
sedar-sedar dah penuh kat bantal..lengkap dengan peta dunia sekali..  cewahh mantap...
ada la bau masam sikit-sikit...eiii busuk..tak suka2..
tapi yang herannya bau yang melekat kat bantal tu yang jadi bantal busuk kesayangan >.<

SEBENARNYA...
Air liur basi yang dipandang jijik sebenarnya sangat berkhasiat sebagai agen pencernaan dalam sistem tubuh manusia. Apabila ia diminum bersama air biasa ketika bangun awal pagi menjadi penawar semula jadi paling mujarab dalam membentuk kesihatan seseorang insan.

Bagaimanapun,
keberkesanan air liur basi hanya untuk keperluan tubuh badan individu itu sendiri dan bukan untuk dikongsi dengan orang lain....>.

Cara amalannya pula hanya berkesan jika seseorang itu bangun dari tidur dengan terus meminum air putih biasa tanpa perlu mencuci muka, berkumur-kumur atau membersihkan badan.

Sistem rawatan tersebut telah menjadi amalan Rasulullah S.A.W dalam kehidupan harian baginda dan telah dikesan kemujarabannya oleh pakar sains perubatan moden. Nabi Muhammad semasa hayatnya akan meneguk air putih biasa terlebih dahulu sebelum baginda bersugi dan berwuduk menunaikan solat subuh setiap pagi.

yang nie pula dapat melalui rancangan Istimewa bersama Dato’ Dr. Fadillah Kamsah,

beliau memberitahu beliau telah meninggalkan cermin mata hampir 2  tahun setelah mengamalkan petua mengambil air liur basi dilelangit mulut ketika bangun pagi, dan menyapukan pada kelopak mata, saya ada mencuba untuk merasai sendiri keberkesanannya, menakjubkan, saya rasa mata saya terang sangat, walaupun saya bukan berkaca mata sebelum ini, dan rasa mengantuk saya terus hilang,..


Kiter pun da biasa dengar tentang hal ni.. Orang tua2 selalu pesan macam ni.. 
Selain daripada air liur basi, sumber-sumber semulajadi yang lain dalam badan kita juga mempunyai fungsi dan kebaikannya yang tersendiri tapi ianya terhad pada manusia itu sendiri dan bukan untuk kegunaan orang lain.. Contohnya bila menggunakan air liur di lelangit apabila disengat lebah, lipan, penyengat..

Kadang2 kedengaran memang agak menggelikan.. Tapi klu kita tahu tahap kebersihan diri kita sendiri, pasti tak la rasa janggal nak guna.>.<
Lagipun ada cara, adab dan syaratnya.. Guna sekejap, terus cuci.. Bukan dibiar berjam2.. Setengah minit pun tak sampai.. :)

Percaya atau tidak.. Bergantung pada diri sendiri..
Walau apa pun kita ikhtiar, hanya ALLAH yang menentukan...
2 Responses
  1. pakcik Says:

    of coz..tak boleh kongsi air liur basi kita pd org..he he..
    tapi bab air liur basi ni ada kebenarannya juga..sahabt/guru saya-Prof Dr Lothfi mmg nasihat utk minum pyra energy water beliau sebelum gosok gigi.(dgn lebihan air liur basi la)


  2. kena sedia mineral water dalm bilik mandi la nie..hehe.. gurau je prof..