SUASANA DALAM KILANG TEPUNG

 
-IN THE NAME OF ALLAH-  
lepas satu, satu  terbongkar jahatnya mereka nie..
tergamak mereka tipu kita dan kita pula macam orang bodoh ambik jer 
apa yang orang bagi ..apa yang orang buat tanpa kita cek dengan teliti...

Suasana Menjijikkan Di Dalam Kilang Tepung...

Jalan Ipoh
Kuala Lumpur
28 Jan 2010 (12 tgh)

Dua kali permohonan sijil halalnya dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jakim ditolak.

Menurut pengusaha tepung ini, penggunaan sijil halal amat perlu dalam perniagaannya kerana ramai pelanggan mahukan jaminan halal dalam produk keluarannya.

Jalan terakhirnya, ialah memohon sijil halal dari Islamic Food Research Center IFRC , dan seperti biasa, sijil ini dengan mudah diperolehi dengan kadar bayaran yang ditetapkan pengeluar.
dan yang bakal menjadi mangsanya adalah KITA

Bagaimanapun, logo halal IFRC masih tetap tidak meyakinkan pengusaha kerana sijil halal ini bukan sijil halal dikeluarkan kerajaan, malah ianya tidak diiktiraf.

(Dalam undang-undang, tidak menjadi kesalahan meletakkan logo IFRC pada pembungkusan, walaupun  ia tidak diiktiraf.)
Kelemahan ini menyebabkan sijil halal boleh diperolehi dengan mudah dengan membayar wang walaupun mungkin restoran/pengusaha turut menjual arak di dalamnya atau tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan. 
Akta Halal akan dibentangkan di parlimen tidak lama lagi bagi mengelakkan lebih ramai pengguna Islam tertipu atau terpedaya dengan kewujudan berbagai pihak yang mengeluarkan sijil halal. 

Jalan paling mudah, logo Halal Jakim dicetak pada pembungkusan.

Malah, ketika serbuan ini dilakukan, pengusaha memberi pelbagai alasan mengapa dia meletakkan logo halal Jakim pada pembungkusannya.

Antara alasannya ialah - dia telah memohon sijil Halal Jakim, tetapi tidak diluluskan, tetapi bagi menjaga pelanggan, dia tetap meletakkan logo itu.

Tidak cukup di situ, pengusaha turut menyalahkan Jakim kerana lambat dalam mengeluarkan sijil halal kepada pihaknya walaupun telah beberapa kali berurusan dengan Jakim di Putrajaya.

Untuk rekod, memang benar syarikat ada memohon sijil halal Jakim, dan kali terkahir ditolak pada penghujung tahun lalu.

Tiada kompromi, apabila beginilah keadaannya persekitaran kilang, mana mungkin ia akan diluluskan.

Itu jawapan paling tepat, mudah dan tiada berselindung.

(Jadi, kepada anda yang masih tidak faham akan sijil halal swasta seperti IFRC itu, silalah lihat contoh di dalam serbuan ini - apakah kriteria yang meluluskan pemberian sijil halal mereka kepada pengusaha?)

Kilang tepung ini telah beroperasi lebih 20 tahun lalu dan menjadi pilihan kepada ramai pengusaha restoran, suri rumah, dan makanan berempah  serta makanan seperti kuih maruku.

Senarainya amat panjang,:

Serbuk Kunyit
Serbuk Kari Ayam
Serbuk Kari Ikan
Serbuk Rempah Biryani
Serbuk Cili
Serbuk Lada Putih
Serbuk Lada Hitam
Serbuk Kurma
Serbuk Jintan Putih
Serbuk Jintan Manis
Serbuk Ketumbar
Tepung Beras
Tepung Atta
Tepung Kacang Kuda
Tepung Ragi
Tepung Suji
Tepung Kacang Hijau Goreng
Tepung Jagung
Tepung Kentucky
Tepung Kastard
Tepung Marukku
Tepung Kuih Bunga Ros
Tepung Addresam
Tepung Ommapodi
Tepung Raya Thosai
(agak-agak pernah beli tak @masih ada lagi stok kat rumah)

Serbuan disertai Jakim dari Bahagian Hub Halalnya diketuai Penolong Pengarahnya, Mohd Amri Abdullah serta pegawai dari Kementerian Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Putrajaya.

Masuk sahaja dalam kawasan kilang, kita akan mendapati satu suasana bising mesin-mesin sedang memproses tepung.

Pekerjanya ada yang berselipar, berkaki ayam, menutup mulut, tidak bertutup, beribu-biru guni tepung dan rempah-ratus bersepah di merata-rata tempat di dalam bangunan ini.

Ada juga kawasan untuk menggaul campuran tepung yang terdedah dengan habuk, debu dan pekerja yang berkaki ayam memijak rempah ratus ini.

Di dalam kawasan kilang ini juga terdapat sebuah bilik tempat tinggal beberapa pekerja dengan sistem pengudaraan yang amat teruk dan berbau busuk.

Tidak cukup di situ, apabila semakin jauh ke belakang , kita akan menemui berbagai guni, kotak yang berdebu, bersawang dan kotor serta busuk.

Dan, paling menjijikkan apabila najis anjing turut ditemui di dalam premis ini, kerana pemilik turut memelihara anjing yang diletakkan di belakang kilang, tetapi laluan tidak ditutup menyebabkan anjing bebas keluar masuk.

Inikah kriteria untuk diluluskan pengeluaran sijil halal?

Nota: Rampasan dari serbuan ini bernilai kira-kira RM80,000 kerana kesalahan menggunakan logo halal Jakim tanpa kebenaran di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.
Sesungguhnya yang halal itu jelas
Dan sesungguhnya yang haram itu jelas
Dan diantara keduanya terdapat yang syubhat
Tidak diketahui oleh kebanyakan orang
Barangsiapa menjaga yang syubhat
Sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya
Dan maruah dirinya

Dan barangsiapa yang terjatuh ke syubhat
Maka dia telah terjatuh ke yang haram
Umpama pengembala disekeliling kawasan larangan
Dibimbangi dia menceroboh masuk ke dalamnya
Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan
Ketahuilah bahawa sempadan Allah adalah yang haram

Ketahuilah dalam setiap jasad ada seketul daging
Sekiranya ia baik maka baiklah jasad seluruhnya
Dan sekiranya ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya
Ketahuilah, ia adalah hati.
5 Responses
  1. siti ika Says:

    iiiieeeeeeee... thx 4 da info... loya tekak saya...


  2. zulaikha Says:

    euuwww... kembang tekak den..


  3. mamawana Says:

    Hmmm......pengusaha muslim di mana?


  4. Anonymous Says:

    subhanallah..dahsyatnya kita di tipu...


  5. Anonymous Says:

    skrg ni org islam byk mkn bnda yg haram..