|
-IN THE NAME OF ALLAH-
15 PERKARA SEKSA TINGGAL SOLAT
SABDA RASULULLAH SAW bermaksud:
"Sesiapa yang meninggalkan sembahyang atau bermudah-mudah dengannya nescaya diseksa Allah SWT dengan lima belas perkara. Enam perkara didunia,tiga perkara diwaktu matinya,tiga perkara didalam kuburnya dan tiga perkara dihadapan Tuhannya diakhirat nanti.
Lalu sahabat bertanya:
"Ya Rasulullah,apa dia seksa diatas dunia ini?
"Jawab Rasulullah SAW :
Dibuang Allah SWT berkat pada umurnya yang menyebabkan hidupnya terumbang ambing,tidak mendapat kebahagian sejati,hidupnya diibaratkan seperti busa atau buih diatas permukaan air yang mengikut arus aliran air. Diangkat Allah SWT berkat rezekinya walaupun dia mempunyai harta yang banyak tetapi dibelanjakan pada perkara yang tidak memberi faedah.Diangkat padanya tanda orang yang soleh.Tiada terpelihara baginya agama Islam,iaitu ditakuti mati dalam kekufuran. Amalan menjadi sia-sia kerana tiap amal kebajikan dilakukan tidak diterima oleh Allah SWT dan tidak diberi pahala olehnya serta doa tidak diangkat kelangit.
Bertanya lagi sahabat :
Ya Rasulullah,apa seksa pada waktu matinya?
Jawab Rasulullah SAW :
"Dimatikannya dalam keadaan hina,dimatikannya dalam keadaan sangat lapar dan dimatikannya dalam keadaan sangat dahaga, iaitu jika diberi minum air tujuh lautan sekalipun tidak hilang rasa dahaganya.
"Bertanya lagi para sahabat.:
Apa seksa didalam kubur itu ya Rasulullah?
Jawab baginda:
"Disempitkan tubuhnya hingga sempit dua tulang rusuknya,disuruh Allah SWT dua malaikay untuk menyeksanya hingga hari Kiamat. Yang menyeksakan orang yang meninggalkan solat itu ialah ular yang diberi nama Sujaulakraa, iaitu dua mata daripada api neraka,dua kuku malaikat yang menyeksa itu daripada besi Kharsari dan panjang kuku itu perjalanan sehari semalam. Pada tangannya itu satu tingkat daripada besi lantas berkata, malaikat itu kepada mayat atau roh orang yang mati itu, aku disuruh oleh Tuhanku supaya aku memukul engkau kerana meninggalkan sembahyang Subuh hingga Zuhur, Zuhur hingga Asar, Asar hingga Maghrib, Maghrib hingga Isyak dan Isyak hingga Subuh.
"Maka tiap kali pukulan itu terbenamlah mayat tadi kedalam bumi hingga tujuh puluh hasta lalu diangkat dengan kukunya pada permulaan,begitulah seterusnya hingga hari kiamat." Subhanallah.
bagaimana dengan solat kita yang lepas,hari ini dan esok?muhasabah bersama:)
0 Responses
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
