sila ambil perhatian...hati-hati bila memilih makanan anda.
antara sedar atau tidak...TIPAH TERTIPU..
bukan setakat tipah tapi kita semua tertipu..kita tertipu lagi...
open ur eye.. jangan biarkan kita terus diperbodohkan dengan begitu sahaja..
Ikan keli yang makan sumber makanan haram
1• Kepala berbentuk ‘V’
2• Bentuk badan mirip torpedo
3• Badan berwarna hitam berkilat
4• Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
5• Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
6• Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak Ikan keli yang makan sumber makanan halal
1• Kepala berbentuk ‘U’
2• Bentuk badan tirus
3• Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
4• Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
5• Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
6• Digoreng tidak meletup
renungan kisah para sahabat
Sekiranya kita meneliti sejarah nescaya kita akan dapat lihat kisah sahabat-sahabat seperti Saidina Abu Bakar As Siddiq yang sangat terkenal dengan sebagai seorang yang wara’ kerana beliau adalah seoarang yang teliti mengenai soal pakai dan makanan.
Apabila dihidangkan sesuatu makanan nescaya beliau tidak akan memakannya melainkan setelah dipastikan telebih dahulu sama ada halal atau haram. Sekiranya halal barulah dimakan makanan yang dihidangkan tadi.
Beliau pastikan bertanya dari mana dan bagaimanakah cara memperolehnya? Sekiranya tidak nyata tentang halal atau haram makanan tersebut maka tidak segan silu meminta maaf untuk tidak memakan makanan tersebut atau mengucapkan terima kasih dan menahan diri daripadanya.
Pada suatu hari datang seorang abid (seorang yang kuat beribadah) dengan membawa makanan kemudian dihidangkan dihadapan Abu Bakar As Siddiq. Kebetullan pula pada hari itu Saidina Abu Bakar berada di dalam kelaparan kerana dirumahnya tiada makanan. Jesteru beliau terus memakan hidangan itu.
Beberapa suap kemudian, barulah dia teringat dan terus berhenti daripada makan dan memanggil abid yang membawa hidangan itu dan bertanyakan perihal makanan tersebut. Lalu abid menceritakan dengan jujur, maka ternyata menurut pada makanan tersebut terdapat sedikit keraguan. Dengan segera beliau berlari keluar sambil menjolok jari telunjuknya ke dalam kerongkong supaya beliau memuntahkan makanan itu kembali. Beliau mengusahakannya sehingga perutnya benar-benar bersih daripada makanan tersebut.
Semasa memuntahkan makanan tersebut, seseorang telah melihat perbuatan beliau lalu bertanya,” apakah tuan lakukan demikian kerana beberapa suapan tadi?
Beliau menjawab,”Demi ALLAH, jika makanan itu tidak mahu keluar melainkan dengan menggadaikan nafasku, nescaya akan aku keluar juga kerana aku pernah mendengar Rasullullah saw, maksudnya;
Setiap daging yang tumbuh dari makanan yang haram maka api neraka berhak baginya.
“Maka aku khuatir.” Lanjut Abu Bakar: “kerana makanan itu akan tumbuh menjadi daging didalam tubuhku.” (Hadis riwayat Bukhari dari hadis Aisyah).
DEMI MASA sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kesabaran. (surah al-ars)
maka bersabarlahbersabarlah untuk melaksanakan ketetapan Tuhanmu, dan janganlah engkau ikuti orang yang berdosa dan orang kafir diantara mereka (al-insan 24)
SEJARAH AL-QURAN
ingin tahu mesteri yang terkandung dalam al-quran.. sila klik pada gambar. jangan biarkan diri anda diselubungi mesteri.. SESUNGGUHNYA DIDALAM AL-QURAN ITU TERKANDUNG PELBAGAI RAHSIA..
asma al-husna
BUAT INGATAN
WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN!!! penuhilah seruan ALLAH dan Rasul apabila dia menyeru sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu dan sesungguhnya ALLAH membatasi antara manusia dan hatinya dan sesunguhnya kepadaNYAlah kamu akan dikumpulkan
52. sungguh, kami telah datangkan AL-QURAN kepada mereka, yang kami jelaskan atas dasar pengetahuan, sebagai petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. 53. tidakkah mereka menantikan bukti kebenaran AL-QURAN itu. pada hari bukti kebenaran itu tiba, orang-orang yang sebelum itu mengabaikannya berkata, "sungguh rasul-rasul Tuhan kami telah datang membawa kebenaran. maka adakah pemberi syafaat bagi kami yang akan memberikan pertolongan kepada kami atau agar kami dikembalikan ke dunia sehingga kami akan beramal tidak seperti perbuatan kami yang terdahulu?.... (al-a'raf 52-53)
"Ya Allah, jadikanlah hari ini hari yang terbaik untuk kami, tolonglah kami untuk mencintai-Mu dan beribadah dengan amal yang dapat mendekatkan kami kepada cinta-Mu. Ya Allah jauhkanlah bala dan musibah dari kehidupan kami, keluarga dan orang yang kami kasihi. Selamatkanlah kami daripada kejahatan makhluk-Mu dan kurniakanlah segala kebaikan kepada kami sepanjang hari ini..Amin moga ALLAH permudahkan"