Tulang belakang merupakan salah satu bahagian tubuh yang paling penting.
kadang kala, biasalah sifat manusia tidak akan menghargai sesuatu yang ada kecuali bila dah sesuatu itu hilang atau mengalami kesakitan, barulah tersedar.
oh, ruginya aku tak menjaganya,
oh kenape sebelum ni aku tak sedar,
dan macam-macam lagi keluh kesah yang diluarkan.
saat itu penyesalan sahaja bukan jalan penyelesaian.
KECUALI kita mesti berusaha mencari jalan untuk membaik pulihnya.
namun seperti biasa pepatah ada mengatakan
"MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MENGUBATI"
salah satu cara untuk mengetahui tulang belakang dalam kesakitan adalah:
-dengan melihat Jari tangan
- *Bengkok terutama jari kelingking
- *Tidak sama bengkok antara kedua belah tangan
- *Rasa kebas di hujung-hujung jari.
-kedua lihat tapak kasut masing-masing,
*cube perhatikan samada terdapat sebarang kehausan atau tidak
-dan byk lg teknik2 yg lain
namun, anda boleh buat pemerhatian diri sendiri atau terhadap orang lain.
jika diperhatikan dan diteliti boleh dikatakan hampir kebanyakkan mengalami masalah ini,
harus diingat penjagaan tulang belakang diboleh diambil remeh dan ringan.
akibat daripada masalah ini boleh menyebabkan masalah lumpuh, ostreoporosis, rabun dll.
ini kerana di dalam tulang belakang tersimpan beribu-ribu saraf-saraf yang penting.
kadang kala disebabkan kesalahan diri sendiri, maka terjadinya kerusakan @ cedera di tulang belakang, akibatnya bisa ngeri mula terasa.
kebiasaannya bila mengalami kesakitan atau kelenguhan pada tulang belakang, kita akan meminta anak-anak kecil untuk memijak belakang dalam keadaan kita tidur meniarap.
melalui teknik inilah mula berkembangnya kaedah PTB(pembetulan tulang belakang).
dlam teknik PTB terdapat pelbagai step yang berbeza mengikut citarasa pengamal @pengubatan masing-msing. tidak hairanlah jika anda akan melihat bermacam-macam teknik dengan orang-orang yang berbeza.
namun hari ini, saya bukan mahu menghuraikan kaedah PTB, tetapi suatu rahsia yang kadang-kadang kita sendiri tak tau. apakah itu?
tahukah anda?
Dalam tubuh manusia ada susunan tulang yang memanjang dari leher sampai ke selangkangan. Susunan tulang tersebut dinamakan Tulang Belakang.
Tulang belakang terdiri dari susunan 33 ruas tulang yang masing-masing memiliki nama sendiri. Namun ke 33 ruas tulang tersebut dapat dibagi menjadi 5 bagian.Di dalam susunan tulang tersebut terangkai pula rangkaian syaraf-syaraf, yang bila terjadi cedera di tulang belakang maka akan mempengaruhi syaraf-syaraf tersebut.
bila melihat kepada bilangan susunan tulang belakang ini saya teringat kepada pembuktian matematika yang dijalankan oleh (maaf saya tak ingat nama doktor tu) berkenaan dengan pembuktian solat jamak dan qasar mengikut bilangan ni, nanti lain kali kita kongsikan sama-sama.
dan didalam tulang belakang terdapat satu tulang yang dinamai dengan tulang sulbi atau nama saintifiknya coccyx.
bukti kekuasaan ALLAH melalui Tulang Sulbi
*Tulang sulbi merupakan tulang yang paling padat,
*mengandungi maklumat kod genetik yang paling tetap.
*tidak akan hancur kerna mempunyai ikatan struktur yang sungguh kukuh & tersusun.
Dikatakan nanti pada hari kiamat manusia akan dibangkitkan daripada tulang sulbi seperti tumbuhan tumbuh daripada biji benih.
Tulang sulbi yang padat mempunyai ikatan molekul daripada bahan mineral yang tertentu. Dominasi sesuatu mineral menunjukkan sistem tubuh yang secara genetik mempunyai ketetapan DNA tertentu. Mineral yang dominan ini juga menentukan warna tulang sulbi.
Mayat yang dibakar sehingga menjadi abu dalam tekanan tinggi akan tetap meinggalkan tulang sulbi yang masih tidak boleh dihancurkan. Tulang sulbi yang diasah (dipotong) akan menyerlahkan warna sebenarnya. Keseluruhan tulang sulbi bagi setiap manusia hanya terdapat 4 warna utama dan 1 warna umum. Warna tersebut dan kaitannya dengan sistem tubuh adalah seperti berikut;
Putih - Spiritual, Pink - Emosi, Hijau - Mental, Biru - Fizikal
Gambar di atas menunjukkan 4 jenis warna tulang sulbi yang dijadikan "berlian" atau "human kristal" atau human diamond memorial ash.
cantikkan,jika di sebelah barat cincin ini dikormisialkan dan dijual dengan harga yang sangat mahal. sehingga ada menjejag berjuta-juta ringgit mengikut warna dan pemilik kepada tuan punya tulang sulbi.
jadi di sini saya ingin memberi cadangan kepada sesiapa yang mengalami masalah kewangan atau terdesak nak kawen tak ada duit, he3 boleh ambik tulang sulbi masing-masing buat jual. bukan saja boleh jadi kaya boleh jadi jutawan lagi (@,*)/ .. tapi masa tue bukan kita lah yang dapat merasa duit tu, masa tue kita dah tak ada kat sini kot. he3 dah selamat dok kat rumah batu putih tiang dua.
warna tulang sulbi ini mengikut kepada personaliti masing-masing. Warna daripada kristal ini mempengaruhi warna aura (lingkaran elektromagnetik tulang belakang) seseorang.
Kristal warna kuning ini ialah warna tulang sulbi daripada individu yang telah "rosak" maklumat DNA kehidupannya sehingga mempengaruhi ikatan molekul pada struktur binaan tulang sulbi. Kristal / diamond ini berwarna kuning atau perang atau oren dan tidak bersinar.
[Anda boleh ke laman web ini http://www.lifegem.com/ untuk melihat contoh perkhidmatan menyediakan human diamond memorial ash. Memandangkan scientist telah terlebih dahulu mengkaji warna tulang sulbi, maka dapat dikesan laman tersebut melakukan perkara "penipuan" apabila menyediakan pilihan warna kristal yang dikehendaki pelanggan. Sebenarnya hampir kesemua kristal yang mereka hasilkan adalah perang atau kuning. Hanya kristal daripada haiwan yang masih kekal warna diri asalnya]____________________________________
saya ingin petik ayat ini "Sebenarnya hampir kesemua kristal yang mereka hasilkan adalah perang atau kuning. Hanya kristal daripada haiwan yang masih kekal warna diri asalnya".
kenape yer?sama-sama kita fikirkan.
kadang-kala manusia memang bersikap tamak,
bangga dengan diri sendiri,
angkuh dengan kemampuan @kepintaran.
lalai dan lupe dengan diri sendiri.
sama-samalah kita renungkan..
kenapa hidup ini diciptakan? dan siapakah kita?
Firman Allah Taala Dalam Al Quran yang bermaksud :Dan tidaklah aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku..
Ayat ini menunjukkan allah taala menjadikan jin dan manusia ini bukan dengan sia-sia,tetapi untuk menabdikan diri kepadanya..
Adapun manusia pada hari ini ingkar dengan perintah ALLAH sehingga ALLAH taala menurunkan bala...Pada zaman ini satu persatu bala diturunkan antaranya selsema burung, tsunami dan macam-macam lagi. ramai yang mengatakan semua itu hanya kebetulan @ usia alam yang semakin tua.
harus diingat kebetulan, kebetulan dan kebetulan itulah apabila diteliti dan dihayati dengan betul-betul menggunakan akal yang sihat dan waras, kebenaran akan terbukti di depan mata.
..Renungkanlah.....semoga kita sentiasa berada dibawah naungan rahmahNYA, insyaALLAH.
~FIND OUT THE TRUTH IF YOU DARE~
nice info..
salam ukhwah dr CT..jemput singgah blog CT pulak..=D
lot of info i got here.. tQ prof~~