kisah pembakar roti

-in the name of ALLAH the most gracious and the most merciful-

ubat hati buat penguat iman.
MASYAALLAH ...
kenyakinan kepada ALLAH membatasi segalanya
Diriwayatkan dari sebuah kitab, terdapat seorang
wanita pembakar roti di zaman Nabi Isa (A.S.). Suatu
hari sedang wanita tersebut membakar roti maka
berkumandaglah panggilan untuk menyembah ALLAH SWT.

Wanita tersebut dengan bingkas bangun dan
meninggalkan roti yang sedang dibakar semata2 untuk
mengadap ALLAH SWT yang Maha Besar. Dengan hati yang
penuh bimbang dan mengharap, wanita itu telah
menyembahkan diri di hadapan Tuhan yang Agung.
Ketika itu datanglah syaitan yang menyamar seperti
seorang perempuan dan berkata kepada wanita itu;

"Sudah hangus agaknya roti engkau di tempat
pembakaran." Jawan wanita itu; "Tuhan lebih baik
dari roti itu." Syaitan berasa sangat putus asa
kerana tidak berjaya menggoda wanita itu. Lalu
syaitan itu mengambil anak wanita tersebut dan
dicampakkannya ke dalam bara api. Tidak lama
kemudian, suami wanita itu masuk dan didapatinya
anaknya sedang bermain2 dengan bara api.

Melihatkan kejadian yang pelik itu, suami wanita itu
terus pergi berjumpa Nabi Isa (AS) dan menceritakan
segala yang terjadi. Nabi Isa (AS) berkata; Bawa
daku kepada anakmu. Setelah Nabi Isa (AS) melihat
kanak2 tersebut sedang bermain2 dgn bara api maka
beliau berasa amat takjub. Lebih-lebih lagi di
celah-celah bara api itu tumbuh sebatang pohon
delima dengan buahnya dan kanak2 itu menghisap
buahnya.

Bara api itu pun bertukar menjadi batu2 permata
iaitu aked dan lukluk. Kanak2 itu bermain2 dengan
gembira dgn batu2 permata itu. Lalu Nabi Isa (AS)
menyuruh membawa isteri lelaki itu untuk mendapat
kepastian. "Apakah pekerjaan yg kamu telah lakukan
sehingga ALLAH SWT memuliakan kamu dengan kemulian
ini?" "Jawab wanita itu;

"Aku selalu mengamalkan tiga perkara di dalam
hidupku. Pertama, wuduk tidak pernah hilang daripada
diriku melainkan aku memperbaharuinya kembali
apabila batal. Kedua, aku selalu memikirkan orang
mati diusung oleh orang hidup di kubur. Aku juga
akan menemui nasib seperti mereka suatu hari nanti.
Ketiga, hajat manusia akan aku cuba capaikan sedaya
upayaku semata2 untuk mencapai keredhaan di sisi
ALLAH SWT."

Setelah Nabi Isa (A.S.) mendengar kata2 wanita
tersebut, maka beliau berkata: "Inilah warisan para
anbiya dan jikalau kamu lelaki nescaya aku akan naik
saksi bahawasanya kamu adalah seorang Nabi. Tapi
tidak ada nabi untuk perempuan.


0 Responses