kerana sesuap makanan

-in the name of ALLAH the most gracious and the most merciful-
 Didalam buku karangan Imam Az-Zahabi menerangkan kepada kita berkenaan dengan dosa-dosa besar, masalah halal haram dan larang-larangan.  Di antaranya dosa-dosa besar yang disenaraikan adalah memakan dan menggunakan barangan haram.

Di dalam sahih Muslim Rasullullah saw bersabda;
“seseorang yang lama berpergian, kumal dan kusut ia menadahkan tangan ke langit dan berdoa, ‘Ya Rabb, Ya Rabb.’ Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram. Mana mungkin doanya dikabulkan?”

Sesungguhnya seseorng yang mengangkat sesuap makanan (ke mulutnya) dari barang yang haram maka dosanya tidak akan dikabulkan selama empat puluh hari.

Dari Abu Hurairah bahawa Rasullullah saw bersabda;
“ALLAH menjejali mulut salah seorang diantara kamu dengan tanah lebih baik daripada menjejali dengan barang haram di mulutnya.” (hadis iwayat Ahmad)

Yusuf bin Asbath Rahimahullah berkata:
jika seorang pemuda rajin beribadat, syaitan berkata kepada teman-temannya, “lihatlah dari mana makanannya!’ jika ia adalah makanan haram ia berkata: “biarkanlah ia kelelahan dan berupaya. Cukuplah bagi kamu dirinya sendiri.’ Sesungguhnya upaya pemuda tersebut yang disertai dengan barangan haram tidak berguna baginya.

Disini menunjukkan kepada kita bahawa kepentingan dalam menjaga soal ini, perkaran ini tidak boleh diperlekehkan dengan sewenang-wenangnya.

Rasulullah saw bersabda;
“tidak akan masuk syurga tubuh seseorang yang disuapi dengan makanan yang haram.”

Kita seharusnya menjadikan kisah para sahabat-sahabat dahulu sebagai teladan dan contoh dalam aspek penelitian terhadap perkara ini.

Umar ra berkata:
“kami dahulu meninggalkan sempilan persepuluh yang halal kerana khuatir terjatuh kepada haram.”

Diriwayatkan bahawa Rasullullah saw bersabda:
“akan didatangkan pada hari kiamat nanti sekelompok orang yang mereka mempunyai banyak kebaikan sebagaimana Gunung Tuhamah, mereka semua didatang dan ALLAH menjadikan amal mereka bagai debu yang berterbangan, kemudia mereka dilemparkan ke neraka.’

Ada yang bertanya:
“wahai Rasullullah bagaimana hal ini boleh berlaku?” Rasullullah saw menjawab: “mereka dahulunya melaksanakan solat, berpuasa, mengeluarkan zakat dan berhaji. Akan tetapi apabila ditawarkan kepada sesuatu yang haram mereka mengambilnya lalu ALLAH menghapuskan amal mereka.”
(hadis riwayat Ath-Thabrani dari hadis Abu Hurairah Al-Bahili)

------sedikit pengajaran kisah sahabat dan wali ALLAH----

ABU BAKAR AS SIDDIQ
Sekiranya kita meneliti sejarah nescaya kita akan dapat lihat kisah sahabat-sahabat  seperti Saidina Abu Bakar As Siddiq yang sangat terkenal dengan sebagai seorang yang wara’ kerana beliau adalah seoarang yang teliti mengenai soal pakai dan makanan.

Apabila dihidangkan sesuatu makanan nescaya beliau tidak akan memakannya melainkan setelah dipastikan telebih dahulu sama ada halal atau haram.
Sekiranya halal barulah dimakan makanan yang dihidangkan tadi.

Beliau pastikan bertanya dari mana dan bagaimanakah cara memperolehnya?
Sekiranya tidak nyata tentang halal atau haram makanan tersebut maka tidak segan silu meminta maaf untuk tidak memakan makanan tersebut atau mengucapkan terima kasih dan menahan diri daripadanya.

Pada suatu hari datang seorang abid (seorang yang kuat beribadah) dengan membawa makanan kemudian dihidangkan dihadapan Abu Bakar As Siddiq.
Kebetulan pula pada hari itu Saidina Abu Bakar berada di dalam kelaparan kerana dirumahnya tiada makanan. Jesteru beliau terus  memakan hidangan itu.

Beberapa suap kemudian, barulah dia teringat dan terus berhenti daripada makan dan memanggil
abid yang membawa hidangan itu dan bertanyakan perihal makanan tersebut.
Lalu abid menceritakan dengan jujur, maka ternyata menurut pada makanan tersebut terdapat sedikit keraguan.
Dengan segera beliau berlari keluar sambil menjolok jari telunjuknya ke dalam kerongkong supaya beliau memuntahkan makanan itu kembali.
Beliau mengusahakannya sehingga perutnya benar-benar bersih daripada makanan tersebut.

Semasa memuntahkan makanan tersebut,
seseorang telah melihat perbuatan beliau lalu bertanya,
” apakah tuan lakukan demikian kerana beberapa suapan tadi?

Beliau menjawab,
”Demi ALLAH, jika makanan itu tidak mahu keluar melainkan dengan menggadaikan nafasku,
nescaya akan aku keluar juga kerana aku pernah mendengar Rasullullah saw, maksudnya;
Setiap daging yang tumbuh dari makanan yang haram maka api neraka berhak baginya.

“Maka aku khuatir.”Lanjut Abu Bakar:
 kerana makanan itu akan tumbuh menjadi daging didalam tubuhku.”
(Hadis riwayat Bukhari dari hadis Aisyah).

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
RABIATUL ADAWIYAH
Pada suatu hari, ketika mereka sekeluarga makan bersama,
Rabiah yang ketika itu baru melepasi usia sepuluh tahun tiba-tiba bersuara,
wahai ayah, saya teringat satu hadis daripada Rasullullah yang menerangkan berkenaan perkara halal dan haram itu jelas.
Di sini jelas, perkara haram selamanya tidak berubah menjadi halal, sekalipun ayah merasakan ia perlu menyara kami semua.

Seisi keluarganya tergaman, selepas kata-katanya.
Kunyahan makanan yang baru disuap dimulut juga tidak jadi ditelan. Kemudian ayahnya berkata,
“wahai anakku Rabiah, apakah keadaan itu kekal sekiranya, pada waktu itu hanya yang haram mapu diperolehi?” ayahnya cuba menduga ketajaman sanubari Rabiah.
Apakah ujian kecil yang boleh diatasi dengan kesabaran didunia ini, tidak berbaloi berbanding terlepasnya kita daripada menanggung lapar dan seksa didalam neraka.”


bersyukurlah walau hanya sebiji nasi
ringkasan daripada  buku
kisah wali-wali ALLAH
kewarakan sahabat
antara 70 dosa2 besar
kisah ahli sufi
------------
contohi para sahabat dan ulamak
biar derita sengsara didunia tapi bahagia diakhirat
jangan bahagia kaya raya didunia tapi sengsara dan derita diakhirat.
wallahua'lam
0 Responses