sedih...malu...marah...bimbang..takut...
saling bercampur gaul.

ku sedih melihat dunia sekarang, dunia yang semakin menjadi tonggang terbalik,
ku malu melihat rentak dunia sekarang, orang lain punya kijer orang lain pula malu pelik pelik...orang punya kijer senyum bangga...
ku bimbang melihat alunan kehidupan manusia sekarang... semakin hilang arah tujuan...
ku takut melihat reformasi-reformasi sekarang yang seiring dengan sikap manusia yang semakin hilang pertimbangan dan arah tujuan...
semakin ku fikirkan semakin bercelaru..
bilakah semua nya akan berakhir..
buka saja paper inilah yang menjadi bahan utama..
bahkan setiap hari semakin teruk.. teruk dan terukk...
imbasan dari petikan akhbar...
sama-sama kita renungkan...
Gadis berusia 20 tahun bersama dua lagi rakannya mendakwa baru tiba dari Sabah dua minggu lalu dan rela hati menjadi tempat lelaki gersang melempiaskan nafsu yang kebanyakannya warga asing dengan bayaran RM50 bagi sekali perkhidmatan.
KUALA LUMPUR - Sindiket 'mengeksport' wanita cantik dari negara-negara Asia untuk dilacurkan di Eropah sejak setahun lalu lumpuh apabila polis menahan dua suspek yang dipercayai menjadi dalang kegiatan itu sejak setahun lalu.
PETALING JAYA - Limpahan wanita warga China yang masuk ke negara ini kononnya untuk melancong tetapi akhirnya terlibat dalam aktiviti maksiat menimbulkan masalah sosial yang serius.Kegiatan tidak sihat itu banyak berlaku di pusat-pusat hiburan, rumah urut dan salun-salun kecantikan.Warga asing yang muda dan cantik akan dieksploitasi oleh pihak-pihak tertentu untuk dijadikan sumber mendatangkan pendapatan lumayan.
GOMBAK - Tiga pasangan kekasih yang ghairah berpesta seks terkedu apabila rumah teres dua tingkat diserbu polis di Kampung Sungai Tua di Selayang dekat sini semalam.Dua daripada tiga lelaki itu merupakan adik-beradik dan pemilik rumah tersebut.Semasa pesta seks berlangsung, ibu bapa kepada kedua-dua beradik itu tiada di rumah kerana pulang ke kampung.Adik-beradik itu kemudian dipercayai telah menjemput kekasih masing-masing dan seorang lagi rakan lelaki bersama kekasihnya untuk berseronok.Difahamkan, salah seorang daripada adik-beradik itu merupakan seorang duda dengan dua anak.
banyak lagi...cerita2 pasal nie..
artis2 tempatan di malaysia pun semakin "gempak"...
malu untuk ku nyatakan... "tau kan"..
diluar negara pun semakin dashyat
LONDON - Seorang wanita yang mencetuskan kegemparan kerana berkahwin dengan lima lelaki, Emily Horne mengaku buat kali pertama bahawa dia sanggup melakukan hubungan seks jika dibayar, lapor sebuah akhbar semalam.
malas ku kepilkan..
tak snggup ku mengetahuinya...
dapat rasakan tak???
apa yang ku rasa...
manusia seolah-olah hilang pertimbangan...
bimbang ku melihat reaksi dunia sekarang...
terbayang keadaan yang akan datang....
adakah semua ini akan berubah atau semakin teruk?????
mungkin ada yang tak kisah dengan semua ini...
mungkin ada yang semakin suka dengan semua ini...
mungkin ada yang marah dengan semua ini seperti ku...
mungkin jua ada yang tak tahu semua ini...
banyak lagi kemungkinan2 itu...
tapi persoalan yang ingin ku lontarkan....
adakah ini yang kita mahu ?
adakah ini matlamat kita hidup di dunia ini?
adakah ini yang kita cari?
adakah ini yang kita impikan?
renung-renung kan.....lah
setiap apa yang kita lakukan akan dipertanggungjawab dan dipersoalkan...
patutkah mereka bersuka ria merasa aman akan balasan yang diatur oleh ALLAH?
kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari balasan azab yang diatur oleh ALLAH melainkan orang yang rugi....(surah al-a'raf:99)
semua itu hanyalah kesenangan yang sedikit jua(akhirnya akan lenyap ) kemudia tempat kembali mereka adalah neraka jahaman; dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan... (surah al-imran:197)
kecuali orang-orang yang bertaubat dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan) maka orang-orang itu aku terima taubat mereka dan Akulah Yang Maha Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani... (surah al-baqarah:160)
dan tiada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, sehingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: sesungguhnya aku bertaubat sekarang (sedangkan taubatnya sudah terlambat) dan (demikian hal nya) dengan orang-orang yang mati sedang mati mereka tetap kafir. orang-orang demikian telah kami sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (surah an-nisa;18)
wallahua'lam...
