sekarang heboh cerita pasal telur ayam...
sebenarnya dah lama...
macam-macam cerita ada...
dunia sekarang nie makin canggih sampaikan telur dah di ciplak...
tapi kat luar tu macam2 lagi...jangankan telur manusia pun nak di ciplak...
dan kadang-kadang kita lak yang tipah tertipu...
angguk-angguk geleng-geleng...
cuba bezakan antara dua nie..
mana satu telur yang betul...
dapat bezakan tak???
macam samakan...
entah2 kita pernah termakan tak...
sendiri jawab...
tapi sejauh mana kita cuba mengubah atau menciptanya pasti tak akan sama dengan yang asal
kenapa???
cuba tengok betul2...isi dalamnya


tau tak macam mana mereka buat...
nie pun dapat dari email kawan ngan rujuk beberapa laman web..
sejauh mana kesahihannya wallahua'lam...
menurut laporan dari Chosun Ilbo,kerana peningkatan harga-harga makanan di China
telur-telur buatan telah muncul yang hanya dibuat dari bahan kimia
nak cuba buat tak...cubalah...
bahan-bahan yang diperlukan

mula-mula sediakan tujuh bahan-bahan utama iaitu:
alcium carbonate, starch, resin, gelatin, alum and other chemical products
first kuning telur
kuning telur dibuat dengan larutan kalsium klorida
cam nie...

telur putih
di buat dari sodium al ginate dalam air...
larutan nie kelihatan seperti cairan bening yang kenyal
carian nie yang akan menyelaputi kuning telur tadi...
last sekali putih telur dan kuning telur tadi akan dibungkus oleh kulit telur
yang dibuat dari kalisum karbonat
nak comel lagi...untuk secukup rasa, seenak selera
tambah tepung kanji..
dan jadilah telur buatan yang mungkin luarannya nampak sama....
nampak senangkan... cubalah
kos pun murah 0.55 yuan (0.07 dolar AS) untuk lebih dari 2 biji telur
kurang dari sepersepuluh harga telur yang sebenar(o.8 dolar AS)
tapi kan...
jika dilihat bahan2 buatan tadi
ternyata akan menyeksakan sesiapa yang memakannya...
perut akan rosak dan boleh menyebabkan kehilangan ingatan atau pun keterlambatan mental dll.
info telurexperesii telur...
Menurut satu kajian, pengambilan telur ayam yang bermutu sehari sekali baik untuk kesihatan badan. Sebiji telur mempunyai 75 kalori dan 5 gram lemak. Namun begitu, kepelbagaian itu penting. Terdapat pelbagai jenis protein yang diperlukan oleh badan dalam membesar dan membaiki tubuh manusia.
Selain daripada mengandungi kesemua sembilan amino asid, 15 jenis vitamin dan kolestrol kuning telur mengandungi tujuh nutrien istimewa.
Kebanyakan orang takut memakan telur kerana kolestrol tetapi sebenarnya choline dan phosphytidylcholine dalam kuning telur membantu mengelak longgokan kolestrol dan lemak dalam hati dan pembuluh darah. Choline juga membentuk metabolite dipanggil betaine yang berfungsi mengurangkan homocystin, salah faktor penyebab serangan sakit jantung.
Menurut Harvard Medical School Guide to Healthy Eating tidak pernah ada penyelidikan yang menunjukkan bahawa orang memakan telur dengan banyak mendapat lebih banyak serangan sakit jantung daripada orang yang memakan sedikit telur.
Choline diperlukan untuk membentuk ‘neurotransmitter’ Acettylcholine yang sangat mustahak untuk daya ingatan (memory) dan pemikiran (thought) dan melindungi kita daripada nyanyuk termasuk penyakit Alzheimer. Jadi, telur, seperti ikan adalah makanan otak!
Oleh kerana phosphatidylcholine bahan asas membran sel dan kebanyakan metabolisma dalam hati berlaku di membran sel, ianya membantu melindungi hati daripada pelbagai jenis toksin.
Menurut pengarang buku Eye Care Naturally, Dr. Michael Geiger dari New York, Lutein yang terdapat dalam bahagian dalaman mata (retina) khususnya “macula” melindungi mata daripada kesan buruk high energy blue wavelengths dalam matahari dan lampu rumah.
Kandungan sulfur yang tinggi dalam kuning telur menyebabkan orang nampak anggun kerana rambut dan kuku mereka yang sihat dan cantik.
Satu kajian yang dimuatkan dalam Jurnal Cancer Epidemilogy Biomarkers and Prevention keluaran Januari 2005 tentang kanser payu dara di kalangan orang perempuan Cina yang berhijrah dari Cina ke Hong Kong dan seterusnya di Amerika Syarikat mendapati :
- Mereka yang memakan banyak sayur dan buah-buahan kurang mendapat kanser payu dara – tiada kejutan tentang fakta ini.
- Mereka yang memakan banyak telur ayam juga kurang kemungkinan mendapat kanser payu dara. Yang memakan enam biji telur seminggu dibanding dengan mereka yang memakan dua biji telur seminggu didapati merendahkan risiko kanser sebanyak 44 peratus!





wowwwww.............kena mkan telur byak2 ni....save budget jgk...hehe