padang apa kaitan dengan kita

bismillahirrahmanirrahim....
perasaan sedih pilu mengenangkan peristiwa yang menyayatkan hati...

dikala kita sedang gembira bergelak ketawa....
ada hati yang terluka...
ada hati yang sengsara...
pilu sedih meratap nasib yang menimpa...

sama-sama kita hayati dari peristiwa nie...
30 september 2009

keratan kosmo
gempa paling dashyat

PADANG, Sumatera - Pasukan penyelamat bertungkus-lumus mencari mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan-bangunan di sini semalam selepas ribuan orang dikhuatiri terbunuh dalam gempa bumi kuat yang melanda Pulau Sumatera di Indonesia.

Gempa berukuran 7.6 pada skala Richter itu melanda bandar Padang yang mempunyai jumlah penduduk sebanyak 900,000 orang kelmarin dengan menyebabkan beratus-ratus bangunan termasuk 500 rumah runtuh manakala bekalan elektrik dan talian telefon terputus.Keadaan di sini porak-peranda dengan mayat bergelimpangan manakala kebakaran berlaku di merata-rata tempat.

"Sebelum ini saya telah melalui beberapa gempa bumi tetapi ini yang paling dahsyat.

"Kesan darah dapat dilihat di merata-rata tempat, mangsa-mangsa pula kehilangan anggota badan. Kami melihat bangunan-bangunan runtuh, ramai orang nazak," kata seorang warga Amerika Syarikat, Greg Hunt, 38, di lapangan terbang di sini semalam.

rentetan cerita...

gergaji kaki selamatkan diri...
harian metro
PERASAAN ngilu berbaur ngeri tidak semena-mena terbit sebaik mengetahui kisah tindakan nekad seorang lelaki yang tersepit di celah runtuhan konkrit memotong kaki kanannya dalam usaha menyelamatkan diri daripada ajal yang hampir menjemputnya.

Berdasarkan kisah diceritakan pemandu mobil (kereta), Pak Taufek, malam tadi, lelaki bernama Ramlan, 18, berkenaan pada mulanya cuba menggunakan cangkul bagi mengerat kakinya.
Namun, usaha terbabit gagal menyebabkan dia beralih kepada penyodok tanah yang dicucuk berulang kali ke kakinya sehingga memancut darah.
Bagaimanapun, mangsa yang juga jiran Taufek akhirnya menggunakan gergaji untuk memotong kakinya sambil meraung menahan kesakitan.

kubur besar mangsa gempa
PADANG - Kawasan tempat mangsa gempa bumi terperangkap akan diisytiharkan sebagai kawasan perkuburan besar di sini semalam setelah penduduk tempatan putus harapan untuk mencari mangsa tertimbus akibat tanah runtuh.

Di Malalak iaitu sebuah kampung 120 kilometer ke utara Padang, penduduk kampung, pegawai agama dan pasukan penyelamat bersetuju menghentikan operasi mencari 40 orang yang dilapor tertimbus serta mengisytiharkan kawasan itu sebagai kubur besar.

"Terdapat 30 mayat dikeluarkan dari runtuhan tanah manakala 40 lagi masih tertimbus dalam lumpur dan runtuhan batu," kata Ketua Tentera Sumatera Barat, Kolonel Mulyono.Terdapat lebih 200 mayat dipercayai masih terperangkap dalam tanah runtuh yang memusnahkan tiga buah kampung di daerah Pariaman.Sebanyak 144 mayat lain dijumpai di kawasan dan operasi mencari masih diteruskan kerana kaum keluarga enggan mengisytiharkan ia sebagai kubur besar.

3 buah kampung lenyap

Apa yang lebih mengharukan, 3 buah kampung lenyap begitu sahaja dan 400 orang penduduk yang menghadiri kenduri majlis perkahwinan dikhuatiri terbenam sedalam 30 meter ke dasar bumi apabila menara masjid yang merupakan binaan tertinggi di kampung tersebut sudah tidak kelihatan. Ini mengingatkan kita akan peristiwa yang berlaku pada zaman kaum Nabi Lut apabila mereka juga diterbalikkan ke dasar bumi selepas melakukan maksiat homoseksual walaupun sudah diberi peringatan.

banyak lagi rentetan cerita ini...

semalam ku menerima mesej dari seorang teman...

Hatiku menangis keinsafan…

Segala-gala yang berlaku telah ditetapkan…

Sama- sama kita renungkan..

Gempa bumi di padang terjadi pada pukul 17:16 dan 17:58

Manakala di jambi pada 8:52 keesokkan harinya…


Cuba perhatikan terjemahan AL-QURAN dengan ayat ini

17:16 (surah AL-ISRA’: ayat 16)

Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.

17:58 (surah AL-ISRA’: ayat 58)
Dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami menyeksa penduduknya dengan azab seksa yang berat; yang demikian itu adalah tertulis di dalam Kitab (Luh Mahfuz).

8:52(surah AL-ANFAL: ayat 52)
(keadaan orang kafir itu )samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang0orang yang terdahulu dari mereka.mereka kufur dan ingkar terhadap ayat-ayat ALLAH, lalu ALLAH menyeksa mereka dengan sebab-sebab dosa mereka. sesungguhnya ALLAH MAHA KUAT, lagi MAHA BERAT siksaannya.

mungkin ada sesetengah diantara kita berpendapat...
ahhh...
apa yang nak dihairankan...
dah mereka buat dosa tanggunglah sendiri...
lagipun bukan tempat kita...
bukan keluarga kita...
buat apa mahu peduli...

betul kah kenyataan ini...
haruskah kita mempersoalkan???

setiap yang berlaku ada sebab nya...
siapa yang harus dipersalahkan...
adakah mereka...
atau kita juga turut sama terlibat...

Mari bersama renungkan apakah kaitan kejadian gempa dengan perihal manusia:

1) Daripada Abu Malik Al-Asy'ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya ada sebahagian dari umat ku yang akan meminum khamar dan mereka menamanya dengan nama yang lain (mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah swt. akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah swt. akan merobah mereka menjadi kera atau babi". (Hadis riwayat Ibnu Majah )

2) "Pada umat ini akan terjadi bencana tanah longsor, pertukaran rupa, dan kerusuhan." Mendengar ungkapan Rasulullah s.a.w itu salah seorang dari sahabat bertanya: "Ya bilakah ia akan terjadi." Rasulullah s.a.w menjawab "Apabila biduanita, alat-alat muzik, dan minuman khamar telah muncul di tengah-tengah masyarakat" (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

3) Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab;"Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasullullah S.A.W bersaabda; "Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:

01. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
02. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
03. Zakat dijadikan hutang.
04. Suami memperturutkan kehendak isteri.
05. Anak derhaka terhadap ibunya,
06. Sedangkan si anak berbaik-baik dengan kawannya,
07. Dan si anak suka menjauhkan diri dari ayahnya.
08. Suara sudah ditinggikan didalam masjid.
09. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang-orang yang terhina dikalangan mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Arak sudah diminum merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki.
13. Para artis-artis disanjung tinggi.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan, mempersendakan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk lain. (Hadis Riwayat Tarmizi)

Ternyata beberapa Hadis mengaitkan kejadian gempa, tanah runtuh dan yang seumpamanya berkait rapat dengan penyakit masyarakat iaitu maksiat yang berkaitan dengan ARAK dan HIBURAN yang melalaikan/merosakkan. Yang anehnya semakin kerap gempa berlaku, semakin banyak pula upacara majlis yang melibatkan arak dan hiburan yang melalaikan seperti pesta maksiat anjuran Zouk di Genting 5-6 Mac lalu (pusat-pusat hiburan dan maksiat seperti kelab malam, disko tak usah cerita lah berada di merata tempat sekitar Lembah Kelang, Penang, etc.

Malah semakin rancak gempa berlaku, semakin rancak juga pesta-pesta konsert seperti konsert Force of Nature. Begitu juga semakin rancak usaha MEMARTABATKAN industri hiburan seperti Anugerah Bintang Popular BH Kerjasama martabat industri hiburan" dan "ABPBH: Tiket habis 'disambar' peminat".

industri hiburan tumbuh bagaikan cendawan...
lihat saja di Malaysia..
akademi fantasia*AF). malaysia idol, bintang rtm macam-macam lagi kalau nak dihitung-hitung pasti melebihi list dalam kertas...

renung-renungkanlah...
apa yang berlaku di PADANG membuktikan segalanya...


0 Responses