the amazing of solat

bismillahirrahmanirrahim...
-IN THE NAME OF ALLAH-

perkongsian yang saya rasakan semua patut membacanya.. diharapkan bersabar sepanjang pembacaan ini..

Seharian kita menjalankan ibadat solat 5 kali sehari semalam. Ia terbina dengan 17 rakaat iaitu 2 bagi solat Subuh, 4 untuk Zohor, Asar dan Isya’ dan 3 untuk Maghrib.

tentunya Pada setiap rakaat pula kita membaca Al-Fatihah yang mengandungi 7 ayat, melakukan 1 X Ruku’ dan 2 X Sujud dengan 1 X duduk diantaranya.

BELIEVE OR NOT!!!
Di dalam buku Metamatika Islam karangan KH. Fahmi Basya, beliau menjelaskan bahawa ketika kita telah melakukan 1 rakaat dalam solat, sesungguhnya kita sudah melakukan satu putaran yang terdiri atas satu kali ruku’ dan dua kali sujud.
TAK PERCAYA??? jom kita terokai bersama-sama...
(SILA TEKAN DIBAWAH UNTUK SELANJUTNYA)

cuba renungkan kembali pergerakkan kita ketika solat..


Saat rukuk kita membentuk sudut 90° posisi berdiri tegak. Sedangkan saat sujud kita membentuk sudut 90°+45°=135° dari posisi tegak. Maka tatkata kita lengkap melakukan 1 ruku’ dan ditambah dua sujud, jumlah sudutnya adalah 90° + 135° + 135° = 360° atau satu lingkaran penuh. Umpama TITIK AWAL yang melingkar penuh lalu menemukan TITIK AKHIR dengan awalannya. PENUH bermaksud SEMPURNA.

bukankah solat itu adalah satu kesempurnaan..

cuba perhatikan...
Pada setiap rakaat, kita akan melalui lingkaran yang penuh dan sempurna lalu kita ulanginya lagi dan lagi mengikut perkadaran jumlah rakaat solat yang ditunaikan. Bukankah solah itu membentuk KESEMPURNAAN. Melatih energi dalaman agar terjana penuh. Umpama PUSARAN KIPAS yang lengkap putarannya. Lalu, 17 rakaat sehari semalam ini membawa kepada 17 lingkaran penuh (BULATAN 360°) atau PUSARAN LENGKAP KIPAS YANG MENJANAKAN ENERGI TUBUH. Jika dihalusi lagi, angka 1 dan 7 (pada jumlah 17 ini) akan membawa kepada angka 8 (iaitu 1+7=8) dan 8 adalah satu-satunya angka yang TIDAK PUTUS (titik awal bertemu titik akhir). Ia juga seumpama bentuk BILAH KIPAS yang digambarkan tadi...
(betul tak..adakah ini satu kebetulan sama-samalah kita hayatinya)


menariknya cuba perhatikan pergerakan planet-planet ini..

bukankan juga membentuk kepada 360° putaran yang lengkap..
dan masing-masing berada di putarannya..


firman ALLAH s.w.t
"tidaklah mungkin bagi  matahari mengejar bulan dan malam tidak pula dapat mendahului siang. masing-masing beredar pada garis edarnya.." (surah yaasin :ayat 40)"

begitulah jua dengan solat mempunyai rukun yang tersendiri dan tertib.


Manakala, “Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya.” (Q.S. Ar-Ra’du 13 : 8 ).

Menariknya untuk kita renungi lagi, sewaktu berlakunya GERHANA MATAHARI iaitu pada masa BUMI, BULAN DAN MATAHARI BERADA PADA SATU GARISAN LURUS, kita disunatkan melakukan Solat Gerhana.
Aisyah r.a. berkata, “Pada masa Rasulullah saw. masih hidup pernah terjadi gerhana matahari. Maka Rasulullah saw. menyuruh orang banyak solat berjamaah. Setelah mereka berkumpul, Rasulullah saw. datang lalu bertakbir dan solat dengan 4 kali ruku’ dan 4 kali sujud dalam dua rakaat. (Sahih Muslim)


Kembali ke kajian tentang ruku dan sujud di atas tadi, perputaran dalam Solat Gerhana yang terdiri atas dua rakaat dengan 4 ruku dan 4 sujud itu dihitung sebagai berikut:
Rakaat 1 = 360º + 90º (kerana 2 x ruku’) = 0º + 90º = 90º
Rakaat 2 = 360º + 90º (kerana 2 x ruku’) = 0º + 90º = 90º
Maka, 90º +90º = 180º = iaitu SAMA DENGAN SATU GARIS LURUS.

AMAZING bukan.....Hal ini sama duduknya dengan peristiwa gerhana iaitu posisi matahari, bumi, dan bulan membentuk satu garis lurus.(adakah ini juga satu kebetulan sama-samalah kita hayati)
Gerhana Matahari Cara Terjadi

Manakala jikalau diamati pula senario Solat Jenazah yang tiada ruku’ dan sujud melalui diskusi kaedah di atas, kita akan mendapati TIADA LINGKARAN PENUH atau PUSARAN LENGKAP terbentuk.
Ini adalah kerana tiada posisi ruku’ dan sujud yang dilakukan. Jika lingkaran penuh ini dikaitkan dengan penjanaan PUSARAN ENERGI HIDUP (roh), maka kaedah solat jenazah ini menggambarkan tiadanya lagi PENJANAAN ENERGI berlaku kerana hakikatnya roh si mati telahpun meninggalkan tubuhnya.

Solat jenazah adalah himpunan doa-doa yang dilakukan secara berjemaah untuk dihadiahkan kepada si mati seperti bacaan doa selepas takbir ketiga iaitu:
“Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya) dan bersihkanlah dia dengan air salju dan embun, bersihkanlah dia dari segala dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya dan gantikanlah isteri yang lebih baik dari isterinya dan gantikanlah keluarga yang lebih dari keluarganya dan peliharalah (hindarkanlah) dia dari seksa kubur dan seksa neraka.”
Dan bacaan doa selepas takbir ke empat:
“Ya Allah ! Janganlah kiranya pahala tidak sampai pada kami dan janganlah Engkau memberi pada kami fitnah sepeninggalannya dan ampunilah kami dan dia dan bagi saudara -saudara kami yang telah mendahului kami dengan imam dan janganlah menjadikan gelisah (dengki) dalam hati kami pada orang-orang yang beriman, Ya Allah! Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

satu persoalan yang adakah penemuan ini adalah kebetulan...sama-samalah kita fikirkan...
kepada ALLAH lah tempat kembali sesuatu.

FIRMAN ALLAH s.w.t
"Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus."
(surah AL-HAJJ: ayat 54)

2 Responses
  1. Anonymous Says:

    YA ALLAH...
    ampunkan kami,
    sungguh setiap suruhanMU memiliki hikmah yang tesendiri dan semua ini tidaklah sia-sia

    ampunkan kami,
    kami leka dan seringkali lalai dalam melaksanakan perintahMU

    permudahkan kami dalam melaksanakan perintahMU,
    dan jadikanlah kami
    hambaMU yang soleh, tunduk, sujud dan patuh pada setiap suruhanMU
    jauhkan kami dari apa-apa yang boleh melalaikan dan merugikan kami

    padaMU kami serahan harapan ini
    Mohon diperkenan YA ALLAH

    "wahai orang yang beriman, rukuklah dan sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan". (surah al-hajj,77)


  2. Abd Razak Says:

    Salam...

    Terima kasih atas perkongsian ini, teruskan usaha anda dalam menyampaikan risalah yang Rasulullah s.a.w bawa ke dunia ini.