fwd: BLOG MELAMPAU

...bismillahirrahmanirrahim...
- IN THE NAME OF ALLAH-

hatiku terasa pedih sangat-sangat...
rasa marah yang membuak-buak...
jiwa ku bergelodak...
air mataku jatuh berguguran...
teman...sahabatku..
ingin ku kongsikan rasa hati ini...
sedih yang teramat sangat...
tak tergambar dek kata-kata...
HARAPAN KU AGAR KEGUNDAHAN INI DAPAT DIKONGSI BERSAMA
kerna ini adalah tanggungjawab kita bersama...
mengapa ku katakan begitu...
sekejap tadi ku ada membaca "sebuah blog"..kiriman seorang teman yang dipostkan didalam blog nya..
ku ambil kesempatan ini untuk mengulas walaupun ku tak pandai tapi ku rasa tidak boleh berdiam diri..
ku rasa tercabar sangat-sangat...
dan bukan diriku sahaja tapi ku rasakan semua patut rasa tercabar...
disaat membuka laman itu tertera "Berita Muslim Sahih"
didalam laman itu mereka membuat operasi..
operasi yang memesongkan akidah seorang muslim..
dari seberang indonesia...
begitu kuat pengaruh nya..

AWAS dan WASPADALAH temanku sekalian..
jauhilah perkara seperti yang diperkatan oleh mereka...
menggunakan kecanggihan ke jalan yang salah..

ASTAGFIRULLAHALA'ZIM mereka meghina ALLAH s.wt
dashyat sungguh dashyat sekali..
pelbagai tomahan dilemparkan...
dan cacian kepada Rasul junjungan NABI MUHAMMAD s.a.w
dengan lukisan-lukisan kartunis

mereka mengatakan
1. Arah Kiblat ke Kaabah, menunjukkan bahwa sesembahan Muslim adalah berhalanya Quraish.
2. Simbol bulan sabit, adalah simbol DEWA BULAN.
sedangkan hakikat yang realiti:
1. Arah Bukan tujuan dan Tujuan Bukan Arah, umat muslim menghadap kaabah (arti: menghadap “meng-arah” kaabah). bukannya menyembah, seperti yang disangkalkannya...
2. Simbol bulan sabit bukan berarti menentukan ke-Imanan umat muslim terhadap simbol tersebut.
dan simbol itu bukan menunjukan dewa. tetapi menunjukkan kepada identity sebagai contoh umat islam dengan bulan,Simbol umat nasrani selalu identity dengan salib,..

teman..sahabatku..
hati ini begitu risau sekali..gundah gulana..
jaga-jagalah dengan fahaman ini..
yang boleh melemahkan keimanan kita...
terpedaya dengan ideology yang mereka cuba sampaikan...

malah mereka juga ada menggunakkan ayat-ayat ALLAH untuk menguatkan ideology mereka..tapi malangnya...
mereka salah mentafsirkannya..amat jauh menyimpang..AWAS temanku...

diharap teman-teman dapat membaca luahan hati ini
untuk dikongsikan bersama..

sahabat seagama denganku...
pertahankanlah hak dan agama kita..
jangan biarkanlah ia dipijak, dicaci dan dihina,
jagalah agama ini...
kebenaran telah teserlah, 
kenyataan telah terungkai,
janganlah diragu-ragukan...
ISLAM ADALAH AGAMA YANG BENAR
singkapkanlah sejarah 
carilah kebenaran
nescaya jelas terbukti
jugakan nikmat akal fikiran..
nescaya inilah kebenaran
milik ALLAH lah segala apa yang ada dilangit dan di bumi 
seluruh alam ini adalah milik-NYA

ALLAH lah wajib disembah
NABI MUHAMMAD rasul jujungan..

sahabatku...
hargailah nikmat terbesar 
nikmat islam dan iman yang kita miliki...

walau kadang-kala kita lupa dan alpa 
dek kerana warisan keturunan ibu dan ayah
sedarilah sahabatku
nikmat islam yang diwarisi hari ini
bukan senang dan bukannya mudah
hakikatnya kita lupa kita tidak tahu sejarah yang sebenar
bagaimana dahulunya kita ditindas dan dihina
kerana yang sejarah kita pelajari hari ini telah diubah
dan kebenaran yang sebenar disembunyikan
carilah kebenarannya..


sahabatku...  
islam yang diwarisi hari ini

adalah dengan darah dan air mata 
nenek moyang kita dahulu..
berjuang menegakkan kebenaran dijalan yang benar...
ingatkah kita pada Saidina Bilal bin Rabbah 
-diikat tangannya dan diletakkan batu  yang besar di atas perutnya
-di jemur di tengah padang pasir yang panas terik
-dipukul tanpa belas kasian



ingatkah kita pada Sumayyah binti Khayyath 
seorang hamba sahaya milik Abu Hudzaifah bin Al-Mughirah
- Mereka didera, dicambuk, disalib di padang pasir yang terik,
- ditindih dengan batu panas, dibakar dengan besi panas, 
- bahkan sampai ditenggelamkan ke dalam air hingga sesak nafasnya 
- mengelupas kulitnya yang penuh dengan luka.
dan ramai lagi para-para syuhada'
sanggup bertahan dan berjuang 
demi mempertahankan keimanan...
DEMI MENGEGAKKAN KEBENARAN


sahabatku..
ku tertanya-tanya sendirian...
bagaimakah kalau kita berada ditempatnya..
adakah kita juga seperti mereka 
sanggup bertahan walau badai menimpa..
air mataku mengalir
sungguh ku merasakan diri ini kerdil dan betapa hinanya diriku
kerana ku akui ku insan yang lemah
seringkali hanyut di telan ombak..
namun..sahabatku...
marilah sama-sama kita bangkit..
TEGAKKAN KEBENARAN DI BUMI INI...
ayuh sahabatku...
terokai dan ungkai kan rahsia-rahsia yang tersirat dan tersurat
nescaya kebenaran ternyata adalah benar...
paling tidak pun...

ungkaikan sejarah nusantara
cerita yang sebenar pasti kita ketahui
bagaimana penjajah memainkan dan melaungkan "MOTO-nya"
lihat saja yang berlaku di Afganistan, Iraq, Pelastin dan seumpamaya
Indonesia, Thailand jiran kita juga semakin terancam
malah sama juga dengan kita MALAYSIA
semakin hari semakin ada-ada sahaja agenda yang dijalankan
lihat saja anak-anak muda zaman sekarang
semakin jauh dan jauh hanyut ditelan gelombang


sahabatku...
kepada siapa harus digalaskan tanggungjawab ini..
tak usahlah kita menunding jari kemana-mana pihak
jawabnya..
adalah setiap daripada kita sendiri..
tak kira kecil, muda, atau muda sekalipun

apa maknanya kita bangga mengatakan kita adalah seorang islam
tetapi...
kita sendiri yang menghacurkannya,memusnahkannya..
kerana islam itu bukan sekadar lafaz tetapi adalah lahir dari perasaan yang tulus ikhlas..
islam itu indah
cuma kita yang buta menilainya
tak mengakui hakikat yang sebenar..


sahabatku...

buktikanlah kebenaran ini..
setiap suruhan dan larangannya ada hikmah dan nya yang tersendiri
ungkaikan segala rahsia ini..
bukalah lembaran AL-QURAN
disitu letaknya segala rahsia..
majulah sahabatku..

ayuh bangun kita bersatu...
BANGKIT MENEGAKKAN KEBENARAN..

maaf gambar dan video kartunis yang menghina islam..tidak ku sertakan disini
tak sanggup ku tengok..
kerna hatiku sakit melihatnya...
dada ku membuak-buak menahan kemarahan..
NAUZUBILLAH...

ini alamat dia (AWAS JANGAN TERPENGARUH)
http://beritamuslim.wordpress.com/tag/allah-swt/
2 Responses
  1. Anonymous Says:

    ayuh sama-sama kita bangkit tegakkan kebenaran..


  2. syabas di atas ulasan ini kawanku