di sebalik Surah Al-Fatihah

bismillahirrahmanirrahim...


sedar atau tidak....
Setiap muslim sekurang-kurangnya akan membaca surah al-Fatihah sebanyak 17 kali setiap hari. Itu adalah jumlah yang paling minimum. Yang mana dibaca dalam solat zohor(4), asar(4), maghriB(3) ,isya'(4) dan subuh2). Pengulangan sebanyak 17 kali setiap hari adalah satu kadar pengulangan yang besar namun adakah kita sedari bahawa surah al-Fatihah hanya menggunakan 21 huruf daripada 28 huruf hijaiyyah(huruf-huruf bahasa arab).


Dalam kata lain, sebanyak 7 huruf tiada dalam surah al-Fatihah iaitu huruf tsa, Jim, kha', Zai, Syin, Zho' dan Fa'. Sekiranya kita hanya sekadar membaca seperti melepaskan batuk ditangga sudah tentu kita tidak akan menyedari hal ini.Al Imam Syed Mahmud al Alusi rahimahullah menjelaskan di dalam Tafsir Ruh al Ma'ani bahawa 7 huruf hijaiyyah yang tidak digunakan di dalam al-Fatihah adalah menunjukkan kepada kesempurnaan makna al-Fatihah tersebut.(KENAPA?? jom kita telusi bersama-sama)


Al Imam al Alusi juga menyatakan bahawa 7 huruf yang digugurkan itu menunjukkan kepada jumlah bilangan ayat dalam surah al-Fatihah iaitu sebanyak 7 ayat sebagaimana yang disepakati oleh para ulama'.Ulama' membahagikan huruf-huruf hijaiyyah kepada 2 jenis huruf iaitu Huruf Nuraniyyah(gemerlapan/kilauan) dan Huruf Zulmaniyyah(kegelapan/kesuraman). Huruf Nuraniyyah sebanyak 14 huruf iaitu Sod, Ra', Alif, Tho', 'Ain, Lam, Ya', Ha'(baca nipis), Qaf, Nun, Mim, Sin, Kaf dan Ha'. Manakala baki 14 huruf lagi merupakan huruf-huruf Zulmaniyyah.J
ika diperhatikan secara lebih mendalam, huruf-huruf ini diklasifikasikan pula kepada 3 bahagian iaitu :


a)14 huruf Nuraniyyah semuanya terdapat di dalam al-Fatihah

b)7 huruf daripada 14 huruf Zulmaniyyah terdapat dalam al-Fatihah

c)7 huruf Zulmaniyyah lagi tidak terdapat dalam al-Fatihah.


menurut Al Imam al-Alusi menerangkan tentang 3 pembahagian ini adalah menunjukkan kepada 3 golongan manusia iaitu golongan pertama orang-orang mukmin yang benar-benar beriman dan beramal, golongan kedua orang-orang yang berada antara iman dan maksiat manakala golongan ketiga orang-orang menzalimi diri mereka sendiri(kafir).


Maksud firman Allah s.wt: "Maka ada diantara mereka yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri(dengan tidak mengendahkan ajaran al-Quran), dan ada yang bersikap sederhana, dan ada diantaranya pula yang mendahului(orang lain) dalam membuat kebajikan dengan izin Allah"

Surah Faatir : ayat 32

sedarilah... al-quran diturunkan bukan sekadar untuk dibaca. alquran adalah mukjizat terbesar Rasullullah s.a.w. di dalamnya terkandung pelbagai rahsia. itulah jua harta yang bernilai bagi kita. jangan lepaskannya begitu sahaja.. hayatilah dan fahamilah serta kajilah kandungan isi nya.
sama-sama lah kita mengambil ikhtibar daripadanya... amin...
0 Responses