percaya atau tidak nombor amat mempengaruhi kehidupan seseorang..
malah ada yang begitu taksub dengan nombor..
ramai yang suka lambangkan kehidupan mereka dengan nombor..
contohnya dengan nombor tarikh lahir, nombor ic dan sebagainya…
senang citer macam orang nak kahwin.. tarikh mesti pilih kaitan dengan number yang comel-comel… hantaran nak semua number sama la, nak ikut tarikh lahir kedua pasangan la.. dan sebagainya..
contohnya cerita yang dulu-dulu kahwin tarikh 07/07/07 dan wang hantarannya RM77,777.77…
gempak kan??
percaya atau tidak!!!
tak kira kecil, tua, muda sebenarnya kita mempunyai nombor yang tersendiri...
nak tau.. kena baca sampai habis...
"dan segala sesuatu pada sisiNYA ada ukuranNYA" (surah AR-RA'DU 13:8)
Kata ‘ukuran’ disini membawa kita kepada pengiraan. Manakala di dalam ilmu pengiraan kita akan bertemu dengan simbol nombor atau angka. Tidak kiralah apa bentuk ‘bahasa’ sesuatu angka itu tertulis, setiap simbol angka ini merujuk kepada sejumlah bilangannya.
Tidak kiralah ‘bahasa’ apa sebutan yang digunakan untuk memanggil angka ini, ia merujuk kepada ‘perkara’ (jumlah) yang sama. Samada anda menamakan ia SATU atau WAHIDUN atau ONE atau EIN (bahasa Jerman) atau UNO (bahasa Itali), UNE (bahasa Perancis) atau berbagai bahasa-bahasa lainya yang ada dalam dunia ini; ia merujuk kepada maksud bilangan jumlah yang sama iaitu 1 (satu). Ia adalah simbol universal. Ia adalah BAHASA ALAM.
MASIH INGATKAH kita ketika disaat mula-mula kita belajar membilang cikgu atau ibu mengajar kita membilang bermula dengan nombor 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10....
bila meningkat sekolah rendah kita mula mengenal nombor 0,1,2....
dan bila masuk sekolah menengah kita jumpa lagi dengan nombor ...-2,-1,0,1,2....
begitula seterusnya sampai la ke infiniti...
sedarkah kita sebenarnya kita hanya mengulang numbor yang sama...
Menariknya, pengkaji-pengkaji ilmu nombor rata-rata bersetuju bahawa SIMBOL NOMBOR hanya ada Sembilan Angka kesemuanya iaitu 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9.
Dimulai dengan simbol angka 1 dan di akhiri dengan simbol angka 9...
sekali lagi terungkai...AMAZING..
betul tak tipu nie...nak tahu kena baca sampai habis...
TAHUKAH kita yang sebenarnya...
**itulah silap kita sebenarnya**sekadar membaca tetapi tidak menghayati**
seperti yang kita ketahui tadi asas nombor Dimulai dengan simbol angka 1 dan di akhiri dengan simbol angka 9.
Maka, MESEJ ALLAH melalui kod metamatik 19 huruf yang membina kalimah Bismillah ini seolah menggambarkan SEGALANYA DI ANTARA 1 dan 9, yakni “DIALAH YANG AWAL DAN YANG AKHIR” sejajar dengan firman ALLAH s.w.t dalam surah Al-Hadid ayat 3 yang bermaksud:
"Dialah Yang Awal dan Yang Akhir dan Yang Zahir serta Yang Batin dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” QS 57:3"
- AL-QURAN mengandungi 114 surah iaitu 19X6
- Ada 6346 rangkap ayat (termasuk 112 Bismillah yg tidak bertanda iaitu 19X334 (menariknya 6+3+4+6 = 19)
- BISMILLAH disebut 114 kali, walaupun ianya mudah dilihat ketiadaannya disurah 9 (ianya disebut dua kali didalam surah 27) & menjadikan 114 =19 x 6.
- Dari surah 9 yang tidak ada Bismillah sampai kesurah 27 yang mempunyai ekstra Bismillah, jaraknya genap 19 surah surah.
- dan banyak lagi….
| AL-HAYAH (HIDUP) | 145X | MAWT (MATI) |
| AN NAF’ (MANFAAT) | 50X | AL MADHARRAH (MUDARAT) |
| AL HAR (PANAS) | 4X | AL BARD (DINGIN) |
| AS SHALIHAT (KEBAJIKAN) | 167X | AS SAYYI’AT (KEBURUKAN) |
| AL THUMA’NINAH (KETENANGAN) | 13X | AL DHIQ (KESEMPITAN) |
| AR RAHBAH (CEMAS) | 8X | AL RAGHBAH (HARAP) |
| AL KUFR (KEKUFURAN) | 17X | AL IMAN (KEIMANAN) |
Contohnya, apabila kita menghitung ruas tulang jari-jari tangan dan kaki kita maka masing-masing memiliki 19 ruas tulang. Kita memiliki dua tangan dan dua kaki, jumlah ruas tulang tersebut adalah 19 x 4 = 76. Adapun surat ke-76 di dalam Al-Quran adalah Surah Al Insan yang bererti manusia. Adakah ini kebetulan atau “BERADA DALAM UKURAN-NYA”??.
Contoh lain pula, apabila kita perhatikan kembali fenomena al-Fatihah dengan 7 ayat yang akan di baca berulang-ulang kali, kita akan bertemu dengan RAHSIA 7 lainnya.
“Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Q.S. Al Baqarah 2: 29)
- Al Baqarah 2: 29,
- Al Mukminuun 23: 17,
- Fushshilat 41: 12,
- Ath-Thalaq 65: 12,
- Al Mulk 67: 3,
- Nuh 71: 15, dan
- An Naba’ 78: 12.
- 5 Rukun Islam
- 6 Rukun Iman
- 5 Rukun Umrah
- 6 Rukun Haji
- 5 X Solat
- 7 X tawaf
- 7 X larian Sa’ie
- 30 Juzuk
- 114 Surah
- 17 Rakaat
- 17 X Ruku
- 34 X Sujud
- 4 Kitab Allah
- 99 Nama Allah
- 99 Nama Rasul
- 20 Sifat Allah
- 25 Rasul
- dan sebagainya…
karya daripada MATEMATIKA ISLAM-KH FAHMI BASYA
untuk membaca krya lengkapnya sila kik di bawah
KEBENARAN YANG TERBUKTI
baca jangan tak baca rugilah kita jika kita membiarkannya begitu sahaja..


terima kasih atas perkongsian..
betul-betul tidak disangkakan...
Maha Suci ALLAH... ALLAHUAKBAR...
bukti telah berada di depan mata kami..
namun sungguh mata ini buta dalam pencarian ini..
seperti dengan kalimah bismillahirrahmanirrahim..
berulang kali kita menyebutnya namun alangkah ruginya kerana rahsia disebaliknya langsung kita tak ketahui..
sungguh pesanan "mulakan dengan bismillah disudahi dengan alhamdulillah" memberi makna yang sangat besar
syukran atas perkongsian...
^_^ SubhanaLLaH..
SegaLa puji bagi ALLaH yg Maha Bijaksana..
SegaLanya adalah Bukti bahawa ALLaH Tuhan Yg Hebat tiada Tandingan..
namun manusia jarang sekali ingin mengetahuinya..
malah 'kurang berminat' untuk menyelongkarnya..
apa yang menyedihkan hari ini..
segelintir umat Islam lebih 'arif' dalam hiburan dan gosip2 artis..
namun, Alhamdulillah.. masih ramai juga 'jiwa-jiwa' yang sedar dan melihat 'Keagungan ALLaH'..