pondok usang yang retak

bismillahirrahmanirrahim..
-IN THE NAME OF ALLAH-

kita selalu dengar orang kata hidup ini ibarat roda..
kadang kala kita berada di atas dan kadang kala kita berada dibawah..

tika ini saya berhadapan dengan hutan batu yang semakin pesat membangun berlatarbelakangkan banjaran titiwangsa yang merupakan tulang belakang semenanjung Malaysia...
hari demi hari hutan batu itu semakin gah berdiri terpacak di bumi ini...
ratusan pekerja bertungkus lumus memerah keringat demi membangunkan bangunan itu.
bukanlah satu kerja yang senang dan mudah tetapi menuntut kesabaran dan pengorbanan yang tinggi.
saya juga pernah merasa berada di tempat itu suatu ketika dulu segala jerit perih dipendamkan..
malah terpaksa berhadapan dengan masyarakat yang memandang jelek pekerjaan ini..
(low class tak ada standard katanya)..benarkah???
mungkin orang yang pernah merasa berada di tempat itu lebih tahu erti nilai yang sebenar berbanding dengan yang hanya memerhati dan bercakap sahaja.
(terpulang masing-masing ada hak untuk menilai)

tentunya untuk menyiapkan bangunan tersebut mengambil masa yang begitu lama..
ada yang bertahun-tahun, malah ada yang sekerat jalan ditinggalkan begitu sahaja, 
ada juga yang dah siap tapi tak digunakan dan juga yang digunakan sepenuhnya..

apakah ada beza diantara bangunan-bangunan tersebut???
satu soalan yang bodoh bukan...lihat saja pada bentuknya pun dah dapat jawapannya.
TAPI...
bukankah setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya yang tersendiri...tentu saja ada rahsia disebalik semua itu walaupun sesuatu itu nampak biasa dan tidak memberi apa-apa makna..

teringat kata-kata seorang, (yang ditidak mahu dikenali-macam laporan wartawan la pulak)
katanya hidup kita ibarat bangunan-bangunan itu.
kenapa???? saya juga tertanya-tanya...

cuba perhatikan pondok usang ini yang menunggu masa menyembah bumi..
dindingnya robek, atapnya berlubang-lubang,
pintu entah kemana,
perabot rumah langsung tak kelihatan..
begitu juga dengan kelengkapan elektrik dan air langsung tidak ada.

lihat pula rumah di sebelah ini...
tentu saja ada yang seram melihatnya..bermacam-macam tanggapan dibuat
malah ada yang mengatakan rumah ini berhantu.
apa tidaknya.. lihatlah keadaan suram yang mengelilinginya..
rumput-rumput dan lumut tumbuh melata,
menjalar memanjat bangunan itu..

dari jauh semua pasti mengenal bangunan ini..
sapa  tak kenal klcc yang menjadi kebanggaan dan kemegahan Malaysia..
didalamnya penuh dengan bermacam-macam kecanggihan..
sentiasa sesak ramai orang...
kalau poket kosong telan air liur jelah kalau nak masuk... barang2nya mahal..

apa beza bangunan-bangunan itu,???
cuba lihat dari sudut tersirat  yang terselindung di sebaliknya..
macam-macam tanggapan kita boleh buat..
bukan setakat dua, tiga, tapi banyak.
TAPI..
disini saya ingin mengfokuskan kepada satu sahaja..
ibaratkan ia adalah kehidupan kita..
bukan perbandingan antara orang kaya, miskin atau sebaliknya.
tetapi yang berkaitan rapat lagi dengan itu...
iaitu berkaitan dengan hati, jiwa dan perasaan kita sebagai manusia yang diberi anugerah akal fikiran.dalam menjalani kehidupan yang semakin hari semakin mencabar.
yang  kadang kala kita tewas didalamnya, jatuh tersungkur, dilema dengan air mata.
kadang kala kita bahagia, bergelak ketawa..
dan ini lah yang seringkali menduga KEIMANAN kita. kenapa???
kadang-kala kita boleh menerima sesuatu itu berlaku
tetapi kadang-kala kita sukar untuk menerimanya..
kadang-kadang kita merasakan kita cukup kuat dan kadang-kadang kita merasakan terlalu lemah.
itulah kehidupan...ada  masanya kita akan diuji

Kita seharusnya menyedari dengan keyakinan yang hakiki bahawa kita TELAH mempunyai segalanya pada masa ini, kerana hanya dengan menghayati apa yang kita miliki pada waktu ini barulah kita dapat membuatkan kehidupan kita sepertimana yang kita impikan.
Kita mesti belajar untuk menerima dan redha terhadap kehidupan kita pada masa ini.
Kita hidup di dunia yang serba cukup walaupun majoriti dari manusia mempelajari bahawa dunia ini kejam dan sentiasa tidak cukup.

Sebenarnya, anugerah Allah adalah tidak terbatas merangkumi perkara-perkara baik, perkara-perkara yang indah dan pengalaman. Segalanya adalah mencukupi bagi semua makhlukNya, sentiasa cukup! selama ini kita telah tertipu, kita telah dipengaruhi oleh pendapat yang tidak benar yang mengajar kita bahawa hidup ini penuh derita, sengsara dan sumber-sumber yang terhad.
Hakikat yang sebenarnya ialah kehidupan kita serba cukup dan kita mampu memiliki apa yang kita mahukan.
berbalik kisah bagunan tadi, teringat peribahasa mengatakan;
"lain padang, lain belalang"
"lain orang, lainlah ragamnya"
dalam menongkah kehidupan ini masing-masing mempunyai persektif dan kepercayaan yang tersendiri. tak kira kecil, muda atau tua...
sekalipun dalam keluarga ibu dan ayah yang sama.. tetapi anak-anak walaupun adik beradik belum tentu ada yang sama, macam-macam perangainya, macam-macam kerenahnya..
dengan bermacam-macam kemahuan dan kehendak..
tentunya seringkali menduga keimanan.

iman adalah anugerah dan harta kurniaan Allah yang termahal kepada seseorang insan.
Namun harus diingat, Iman yang ada di dalam hati seseorang itu juga dalam situasi boleh bertambah dan boleh berkurang.
Yang mengerti dan memahami akan nilai dan harganya akan menjaganya sepenuh hati dan sentiasa berusaha meningkatkannya. Manakala orang yang tidak faham dan tidak sedar dengan nilai hebat yang ada pada iman, tidak pernah risau, tidak ambil pusing bahkan tidak pernah menangisi imannya yang semakin hari semakin merudum.

itulah yang ingin disampaikan disebalik yang diperkatakan tadi...
contohya seperti bangunan @ rumah yang terbengkalai.
sememangnya dalam membina keIMANAN dan kepercayaan bukanlah suatu kerja yang mudah.
seperti membina bangunan tadi mengambil masa yang begitu lama.
tambahan pula kini semakin giat rancangan-rancangan yang cuba menyesatkan manusia dengan agenda-agenda yang tersendiri.. seperti (3F-Food,Fesyen,Fun) dan lain-lain.
lihat saja di sana sini ramai anak-anak muda terutamanya terpengaruh...
menyedihkan lagi jika tiada usaha @ mereka tida sedar dengan apa yang berlaku.
maka jadilah seperti: "rumah yang terbengkalai, sunyi sepi, rumput tumbuh meliar tanpa ada usaha untuk membuang dan membersihnya"

namun ada juga mereka yang mempunyai ilmu yang mantap, bijak tapi malangnya tidak menggunakannya..
bila ditanya tentang itu, ini, dan sebagainya mengalahkan profesor menjawabnya..
tapi bila ditanya adakah anda juga melakukan perkara yang anda katakan tadi..
lansung senyap tak terkata.
ibaratnya seperti "bangunan @ rumah yang telah siap dibina lengkap dengan segala peralatan tetapi biarkan begitu sahaja,, dan tetap sunyi dan sepi"

sebaliknya bagaimana yang dimahukan..???
ada ilmu dan mengamalkannya.. sentiasa bersikap seperti pemburu tidak pernah merasa cukup untuk untuk menambahkannya..sentiasa berusaha dan bertawakkal kepada ALLAH..
"inilah yang bangunan yang kita mahukan.. rumahnya sentiasa meriah, penuh dengan kebahagiaan dan kegembiraan..tenang dan damai bila memasukinya.."
sentiasa berusaha dan berusaha memperbaiki kesalahan dan kesilapan yang berlaku..
kenapa??? "kerna rumah kalau dibiakan sehari, lebih-lebih lagi seminggu, sebulan tak disapu, dicuci tentu sekali kelihatan kotor, berbau busuk dan tentunya akan kembali kurang"
begitulah IMAN sentiasa perlu digilap setiap detik yang berlalu , barulah kita akan lebih merasai kemanisan nikmat iman itu sendiri.

jadi tidak hairanlah kini kenapa ramai yang mengatakan tidak merasakan nikmat itu, malah ada yang langsung tidak menghargainya..

namun AWAS!!!!
mungkin hanya disebabkan satu perkara sahaja kita boleh jatuh tersungkur, dalam kita tidak sedar perkara ini mungkin boleh berlaku kepada kita"NAUZUBILLAH"
"ibaratnya seperti ini- hanya sekelip mata rumah@bangunan boleh musnah ditimpa bom, gempa bumi dan sebagainya"


# janganlah terhantuk baru nak bertengadah#
jadi sama-samalah kita saling berpesan-pesan.
kitakan bersaudara, salinglah tegur menegur dan beringat-ingat..
saya kurang menyenangi istilah jangan jaga tepi kain orang-@jangan menyibuk pasal orang lain
atau( anak kau, anak kau, anak aku anak aku )

---satu kronologi yang mudah---
seandainya anak kita mandi sungai tiba-tiba lemas, orang ada disekeliling tapi tak ada pun yang menolongnya.dan akhirnya anak kita mati lemas, tentu sekali kita marah kerana tidak ada yang menolongnya.
begitu juga seandainya kereta kita dicuri sedangkan orang lain nampak kereta kita dicuri tapi langsung tak ditegah atau dihalang ...tentu sekali kita marah bukan....??????

begitulah kehidupan jika bahaya nampak didepan mata barulah kita nak sedar tapi jika tak nampak dengan mata kasar lansung kita tak ambil kisah... dan marah apabila ada yang menegur atau menasihatii...
ingatlah setiap apa yang kita lakukan pasti akan dipertanggungjawabkan.

firman ALLAH swt:
"maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.
dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya." (surah az-zilzal 6-7)

ALLAH swt  mengingatkan kita.bukan sekali dua tapi sentiasa berulang-ulang di dalam al-quran...
amal yang baik akan dibalas dengan perkara yang baik, dan perbuatan yang buruk akan dibalas dengan yang setimpal dengannya.


tentu sekali kita semua mahukan rumah sentiasa meriah, penuh dengan kebahagiaan dan kegembiraan..tenang dan damai bila memasukinya..
Mulakan dari sekarang, pada saat ini, dengan apa yang telah ada pada kita pada saat ini. Tetapkan matlamat kita, kenalpasti apa yang kita inginkan, yakini bahawa kita pasti akan dapat mencapai matlamat dan apa jua impian kita dan cuba rasakan bahawa kita telah pun mencapainya.

Allah telah berfirman : Aku mengkabulkan semua doa, mintalah padaKu, jangan minta pada yang lain, nescaya akan Aku makbulkan.

Apabila kita memohon dengan penuh HusnulDzon, dengan hati yang penuh rasa syukur kerana telah dapat menghayati rasa cukup dalam hidup, Insya Allah, doa kita akan cepat dimakbulkan.
Jika Allah mengabulkan doamu maka Dia mencintaimu,Jika Allah belum mengabulkan doamu,maka Dia sedang mengujimu,Jika Allah tak mengabulkan doamu,maka Dia merencanakan sesuatu yang lebih baik untukmu.

Firman Allah: 
"Ini adalah kuniaan Tuhanku untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau sebaliknya dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya kembali kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang ingkar maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Pemurah"
(An-Naml-40)

Kita harus melihat pemberian Allah dengan mata rohani, sehingga mampu merasakan kekayaan rohani yang dimilikinya itu adalah pemberian Allah. Keselamatan, kesehatan, ketenangan, keyakinan iman dan banyak lagi lainnya adalah kekayaan rohani yang sangat mahal harganya. Allah Ta’ala tidak pernah melupakan hamba hamba-Nya, manusialah yang lupa kepada-Nya. Karena sedikit sekali manusia yang bersyukur kepada pencipta-Nya.

Sabda Rasullullah S.A.W : Pada anggota manusia itu, ada seketul daging, jika baik daging itu, maka akan baiklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa yang dimaksudkan dengan daging itu adalah hati/perasaan.

sama-samalah kita ambil sebagai pengajaran dan pedoman dalam hidup, INSYAALLAH..
0 Responses